Tuesday 6 February 2018

Kecantikkan

Assalammualaikum...

Kecantikkan memang tak lari dari dikaitkan dengan wanita...

RAHSIA AWET MUDA 10 TAHUN
-------------------------------------------------------

Bila mula menjelang 30an, kulit muka mula kusam dan nampak tak bermaya.

Pipi yang tak lama dulu tegang dan mula kendur..Garis di sebelah pipi dan mata makin dalam.

Beza betul 20an dan 30an kan? 30an ini lah masa semua sakit dan penuaan ni muncul.

Nak tau rahsia kulit tebal dan tegang..berkilat glowing dan fresh!?
.

Rahsianya ialah pada "KOLAGEN" dan "STRES KULIT".

.
Bukan semudah makan dan sapu kolagen semata..mungkin tak berkesan pun jika tak kena caranya..

Contohnya, ada reaksi lepas suplemen kolagen.

Mari kita tengok FAKTA tentang kolagen.
.

INFO PRODUK KOLAGEN
—---------------------------------------------—

- Kolagen ialah protein gabungan amino asid proline, hydroxyproline, cystein dan glycein.

- Produk kolagen kebanyakannya mempunyai molekul besar maka tak dapat diserap melalui kulit.

- Produk kolagen makan tidak semestinya menjadi kolagen kulit kerana ia akan diuraikan oleh asid perutmenjadi amino asid kecil yang diserap melalui usus.

- Jika mempunyai perut "leaky gut", secara teorinya risiko alahan tinggi kerana protein kolagen yang tak cerna akan masuk mencerobohi darah mungkin mencetus reaksi alahan.

BAGAIMANA MENINGKATKAN KOLAGEN SECARA SEMULAJADI.
---------------------------------------------------------------

1) Gelatin Haiwan.
- Tendon, ligamen, tulang, kulit haiwan apabila dipanaskan menghasilkan asid amino bahan asas menghasilkan kolagen.
Sup tulang atau sup kaki ayam memang sumber kolagen terbaik :D

2) Makanan Lain
Daging (ayam, lembu, kambing), Ikan dan sup ikan, Sayur-sayuran, buah-buahan, seaweed, soya juga mempunyai kolagen.

Dah makan bermangkuk-mangkuk sup tulang dan ambil suplemen kolagen tapi kulit masih kendur, gelebeh dan kusam?

Rahsia yang ramai orang tak tahu...

Rahsia ini dipraktikkan ibu saya sendiri selama lebih hampir 15 tahun..
Makcik-makcik saya lebih 5 tahun..

Hasilnya...Sekurangnya 10 tahun muda..ma sha Allah...

Alamak..lupa bagitau..rahsia ini hanya untuk WANITA SAHAJA..sorry guyss :D

RAHSIA AWET MUDA 10 TAHUN LEBIH MUDA
------------------------------------------------------------------------

Kolagen dah ambil berkotak-kotak..sup tulang bermangkuk berbulan ambil, tapi tak tegang dan glowing juga?!

Mana silapnya?

Rahsia pertama yang patut anda tahu:
.

1) KOLAGEN DIROSAKKAN OLEH STRES DALAMAN (STRES OKSIDATIF).

Radikal bebas dihasilkan oleh matahari, pemakanan tinggi gula, emosi negatif, bahan kimia, logam berat dan jangkitan kuman.

Setiap hari kita kena bantai atau kita bantai makanan manis dan bantai nangis bucu katil sebab stres..tido pun lewat..

Makin tua lah macam ni!

SOLUSI: KURANGKAN STRES DALAMAN BERLEBIHAN. Ambil ANTIOKSIDA untuk kurangkan stres dalaman. Jangan risau matahari kalau antioksida dalaman dah power.
Kalau tak power, pakai sunscreen dan sunblock.

Buat kolagen banyak tapi pada masa sama rosakkan..haii macam mana nak muda remaja ni..

Rahsia kedua..
.

2) BANTU PENGHASILAN KOLAGEN.

Vitamin C membantu meningkatkan penghasilan kolagen dengan pesatnya di samping mengurangkan radikal bebas.

Pengambilan vitamin C sahaja boleh menjadikan kulit tegang dan glowing mengikut pengalaman saya..Ini kerana ia meningkatkan ketebalan kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kawasan kulit..

Saya percaya ramai setuju dan mempunyai pengalaman yang sama..

SOLUSI: Pilih vitamin C yang sesuai dan baik penyerapannya. Jangan terkejut, vitamin C berkualiti boleh hasilkan kesan dalam masa beberapa jam sahaja mengikut pengamatan saya..kulit jadi lembap dan kemerahan.

.

Rahsia ke-3 ini paling penting lah ikut pengalaman saya....
.

3) SEKAT PENGURAIAN KOLAGEN.

Badan kita mempunyai enzim kolagenase yang menguraikan kolagen di dalam badan termasuk kulit kita. Jika ingin "mengumpul" kolagen kulit, aktiviti kolagenase boleh dikurangkan dengan pengambilan suplemen tertentu.

SOLUSI: PHYTOESTROGEN! Phytoestrogen menyekat kolagenase dan juga elastase. Maka kolagen akan berkumpul di bawah kulit. Phytoestrogen juga MENYEKAT PENGURAIAN elastin yang penting bagi keanjalan kulit.
.

Manfaat extra: Phytoestrogen juga meningkatkan perkembangan sel, terutamanya sel sensitif estrogen seperti payudara dan organ pembiakan wanita.

Err..jangan terkejut ya jika payudara, punggung dan rahim jadi tegang juga huhu..

Sebab tu saya kata kurang sesuai bagi lelaki..hehe..

.

6 Manfaat lain pada ibu saya berkaitan dengan pengambilan phytoestrogen ini ialah:

1) Paras kolesterol baik meningkat HDL menjadi 3.5 , bacaan paling tinggi setakat ni saya jumpa. Estrogen ialah cardioprotective mengikut kajian saintifik.

2) Keputusan pap smear pada umur menjelang 50 tahun menunjukkan sel rahim mengecut..tapi pada usia 60+ tahun, rahim menurut ultrasound adalah bulky saiznya
seperti remaja!

3) Kulit menjadi lembap disamping tegang. Ini mungkin kerana estrogen mengawal penghasilan sebum.

4) Badan menjadi cergas seperti orang muda. Siapa yang kenal beliau akan bersetuju. Beliau masih kerja 6 hari seminggu walaupun sudah 60an.

5) Kuku, rambut dan kulit jadi kuat. Tak rapuh dan mudah putus lagi.

6) Sendi yang asyik krup krap dan licin dan lancar balik. Kenapa? Kolagen bukan untuk kulit saja puan..untuk sendi pun berguna!
.

Ada isunya:
1) Estrogen akan naik dahulu sebelum kesan antiestrogen di dalam phytoestrogen. Anda mungkin mendapat simtom kesan peningkatan HISTAMIN bagi yang alah.

2) Estrogen tanpa mengawal stres pada pendapat peribadi saya adalah berisiko. Bayangkan peningkatan sel bersalin dans stres bersama.

3) Bila ambil vitamin C, mungkin ada krisisnya juga terutama dos tinggi.

Pengambilan vitamin C dan phytoestrogen keduanya agak teknikal kecuali dos rendah pada mereka yang tiada isu kesihatan.
.

Haa..macam mana 3 RAHSIA AWET MUDA? Kurangkan kerosakan kolagen, bantu penghasilan dan sekat penguraian kolagen..

Insha Allah dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu akan berlaku perubahan positif yang sangat ketara.

Vitamin C+Phytoestrogen merupakan pilihan keluarga saya..Malah kami juga gunakan formulasi dos rendah phytoestrogen untuk lelaki juga..Untuk seimbangkan estrogen.

Setakat yang saya tahu...untuk wanita, estrogen merupakan agen awet muda paling power yang diakui sains dan petua turun temurun. Pakar hormon bioidentikal tentu bersetuju dengan kenyataan saya ini.
.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan makin ramai makin muda lepas ni :)

SHARE supaya ramai dapat maklumat betul mengenai kolagen dan kecantikan.

FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak ketinggalan tips dan petua kesihatan secara holistik.

No comments:

Post a Comment