Assalamu'laikum w.r.t
Dalam entry kali ini saya ingin kongsikan berkenaan produk terlajak laris dari Shaklee - Collagen Powder. Mungkin kebanyakan kita mengetahui kolagen penting untuk awet muda. Namun sebenarnya, khasiat kolagen lebih dari sekadar untuk kecantikan semata-mata.
|
Serbuk Kolagen Shaklee / Shaklee Collagen Powder |
Apakah Kolagen?
- Kolagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai pengikat / penghubung antara sel.
- Kolagen merupakan unsur protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia - meliputi 75% kulit kita.
- Kolagen paling banyak didapati di kulit, tulang rawan, tisu-tisu, organ-organ, kuku dan rambut.
|
Struktur kulit manusia |
Apakah Fungsi Kolagen?
- Kolagen berfungsi menyokong dan memberi bentuk kepada tubuh badan kita.
- Kolagen menyambungkan tisu-tisu yang membentuk organ dan tubuh manusia.
Apakah Kesan Kekurangan Kolagen?
- Semakin usia kita meningkat, semakin kurang penghasilan kolagen dalam badan kita.
- Penghasilan kolagen mula merosot seawal usia 25 tahun.
- Kesan kekurangan kolagen terhadap badan kita ialah:
- Kulit berkedut - garisan kesan ketawa, kedutan, garis halus mula kelihatan
- Payudara dan punggung hilang keanjalan (kendur dan leper)
- Liang roma menjadi lebih besar, jeragat, pigmentasi dan tompok-tompok hitam mula kelihatan
- Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
- Penglihatan semakin kabur, mata sembab dan terdapat lingkaran di bawah mata
- Kulit kering, otot mengendur dan hilang keanjalan, menjadikan wajah lebih tua dari usia sebenar
- Kehilangan kalsium dan berisiko diserang osteoporosis
- Sakit sendi dan penuaan
- Organ dalaman kurang berfungsi
- Kuku mudah pecah dan kurang bersinar
- Berisiko diserang penyakit gigi dan gusi
|
Kesan kekurangan kolagen terhadap tubuh badan kita |
Apakah Kandungan Shaklee Collagen Powder dan Khasiatnya?
Shaklee Collagen Powder terdiri daripada 7 ramuan utama
- Kolagen dari sisik ikan merah (Red Sniper Scale) - sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen dari haiwan lain. Elastin dari kolagen ikan merah mengekalkan keanjalan kulit agar nampak tegang dan elastik.
- Ekstrak biji Camelia Japonica - mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas dari merosakkan sel kulit. Terdiri daripada asid oleic, emolion dan isoflaven yang berfungsi melembapkan kulit.
- Ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil) - membantu penghasilan kolagen dan asid hyluronic apabila bergabung dengan ekstrak biji Camelia Japonica, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan lembap
- Vitamin B - membebaskan tenaga kepada sel dalam penghasilan kolagen
- Vitamin C - bertindak sebagai antioksidan yang menentang radikal bebas yang merosakkan kulit, membantu menghasilkan kolagen
- Ekstrak kekerang - membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidratkan mata bagi meredakan ketidakselesaan pada mata.
- Lactobacillus Acidphilus - membina semula sistem usus yang sihat dan mengimbangi mikroflora usus bagi meningkatkan kadar penyerapan kolagen
|
Serbuk kolagen Shaklee diperbuat dari bahan premium yang menjanjikan kesan optimum |
Apakah Kebaikan Shaklee Collagen Powder?
- Anti penuaan - mengecilkan liang pori yang kelihatan, menghilangkan kedutan dan mengurangkan garis halus
- Mengembalikan keanjalan kulit - menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut
- Meningkatkan pergerakan - menyokong kesihatan sendi dan tulang
- Menyubur - menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar
- Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara dan punggung
- Mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata
- Melembap - Melembapkan kulit bagi mengurangkan kulit kering dan rasa gatal
Apakah Keistimewaan Shaklee Collagen Powder?
Serbuk Kolagen dari jenama Shaklee berbeza dengan kolagen lain di pasaran kerana:
- Suplimen kolagen terbaik yang mengandungi 4,000 mg propriatari RSS (Red Snapper Scale), kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah
- Bermolekul ringan (1, 000 dalton) yang memudahkan penyerapan kolagen ke dalam badan dan membantu sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
- Terbukti berkesan - membaiki tekstur kulit wajah dan mengurangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (berdasarkan ujian klinikal)
|
Kajian klinikal membuktikan Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan |
Siapa yang Memerlukan Kolagen?
- Individu yang berkulit kusam, kering dan kurang keanjalan
- Individu yang bermasalah jeragat, pigmentasi dan liang roma yang besar
- Individu yang mempunyai kedutan dan garis-garis halus pada kulit
- Individu yang kelihatan lebih berusia dari usia sebenar
- Payudara kendur dan punggung leper, tidak anjal
- Individu yang mempunyai masalah sakit belakang dan sendi
- Kulit mudah merekah dan pecah
No comments:
Post a Comment